Abstract
Biodiversiti atau kepelbagaian biologi merupakan khazanah penting negara yang menyokong asas kehidupan manusia serta memainkan peranan kritikal dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Agenda 2030, khususnya SDG 2, 3, 13, 14, dan 15. Laporan Kebangsaan Ke-6 Malaysia (2019) merekodkan kekayaan fauna yang luar biasa, merangkumi ratusan spesies mamalia, burung, amfibia, reptilia, serta ribuan spesies ikan dan invertebrata (Abdul Rahman, 2024). Selain membekalkan sumber asas seperti air bersih, makanan, dan udara berkualiti, biodiversiti juga menyumbang kepada peningkatan kualiti sistem pertanian melalui genetik tanaman yang tahan perubahan cuaca, serta memacu sektor perubatan memandangkan lebih separuh ubat moden hari ini dihasilkan daripada sumber semula jadi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Norizan, Saifulrizan UNSPECIFIED Mohamad Yasin, Siti Aimi UNSPECIFIED Ismail, Nur Izyan UNSPECIFIED Ahmad, Azura UNSPECIFIED Awang Bolhan, Dayangku Ruhayah UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmentalism. Green movement Q Science > QH Natural history - Biology > Biology Q Science > QH Natural history - Biology > Ecology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
| ISSN: | 2773-5869 |
| Keywords: | Kepelbagaian biologi, pembangunan mampan, khazanah negara, ekosistem, sumber semula jadi |
| Date: | May 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140848 |
