Abdol Latif, Pathimah and Hamzah, Jamal and Sarbandi, Mimi Sophia
(2026)
Kapulaga putih (Amomum compactum): potensi biodiversiti untuk pembangunan lestari komuniti.
Bulletin.
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract
Biodiversiti merangkumi pemuliharaan tumbuhan tempatan berpotensi seperti kapulaga putih (Amomum compactum), sejenis herba famili Zingiberaceae yang menyokong pembangunan lestari komuniti. Selain mempunyai aroma camphorous unik untuk masakan tradisional Nusantara, kandungan fitokimianya dalam buah dan biji berpotensi besar bagi industri ubatan herba, produk kesihatan, dan aromaterapi. Walaupun kurang popular berbanding kapulaga hijau atau hitam di pasaran global, tumbuhan tropika ini menawarkan keistimewaan tersendiri dalam sistem pertanian komuniti. Ia sangat ideal ditanam secara skala kecil atau besar, serta boleh diselang-seli dengan tanaman kontan seperti jagung untuk menjana pendapatan utama mahupun sampingan penduduk setempat.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdol Latif, Pathimah UNSPECIFIED Hamzah, Jamal UNSPECIFIED Sarbandi, Mimi Sophia UNSPECIFIED |
| Subjects: | Q Science > QH Natural history - Biology > Biology Q Science > QH Natural history - Biology > Biology > Study and teaching. Research Q Science > QK Botany |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
| ISSN: | 2773-5869 |
| Keywords: | Kapulaga putih, Amomum compactum, biodiversiti, fitokimia, aromaterapi, pertanian komuniti |
| Date: | May 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140838 |
