Jaga minda, jaga diri

Mazeni, Noor Azizah and Idris, Nur Azimah (2026) Jaga minda, jaga diri. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlalu fokus pada kerja, keluarga, atau tanggungjawab lain, sehingga lupa satu perkara penting iaitu minda kita juga perlukan perhatian. Dalam mengejar semua itu, adakalanya kita tidak sempat berhenti sekejap dan bertanya pada diri sendiri, "Adakah saya ok?". Hakikatnya, minda adalah pusat kawalan emosi dan tindakan kita. Apabila minda tenang, hidup juga akan rasa lebih teratur dan mudah. Tekanan yang tidak dijaga boleh menyebabkan minda penat. Apabila fikiran bercelaru, badan juga akan ikut meragam. Tekanan yang berpanjangan boleh menjejaskan tidur, sistem imun, dan menyebabkan kita mudah marah atau lupa pada perkara penting. Maka, penting untuk kita mengenali tanda-tanda awal keletihan mental supaya kita boleh mengambil langkah awal untuk menjaga diri. Menjaga minda tidak semestinya rumit. Cukup sekadar dengan meluangkan masa selama 10 hingga 15 minit untuk diri sendiri. Contohnya seperti keluar berjalan sebentar, tarik nafas dalam-dalam, atau dengar muzik kegemaran. Aktiviti santai seperti ini sebenarnya boleh membantu untuk menyegarkan minda dan menenangkan fikiran. Kadang-kadang, berjalan di taman sambil menghirup udara segar sudah mencukupi untuk buat minda merasa lega. Bercakap dan berkongsi perasaan itu penting. Meluahkan apa yang terbuku di hati kepada rakan atau ahli keluarga juga boleh meringankan beban emosi.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazeni, Noor Azizah
UNSPECIFIED
Idris, Nur Azimah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Kesihatan mental, Tekanan, Menjaga diri
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140791
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140791.pdf] Text
140791.pdf

Download (1MB)

ID Number

140791

Indexing

Statistic

Statistic details