Perspektif baharu perkembangan perundangan Islam di Sarawak

Yusuf, Noranizah (2025) Perspektif baharu perkembangan perundangan Islam di Sarawak. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Perundangan Islam merupakan elemen penting dalam sejarah perundangan di Sarawak dan kajian terhadap perkembangannya membuka ruang untuk memahami transformasi sosial dan politik yang telah berlaku. Namun, kajian komprehensif mengenai perkembangan perundangan Islam di Sarawak masih kurang diberikan perhatian dalam historiografi perundangan Islam di Malaysia. Hal ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana undang-undang Islam telah diamalkan dan bagaimana ia mengalami perubahan sepanjang zaman. Kajian ini memfokuskan kepada perkembangan perundangan Islam di Sarawak sebelum, semasa dan pasca penjajahan Barat. Objektif kajian ini adalah menjelaskan sejarah awal perkembangan perundangan Islam di Sarawak, menilai semula sejarah perkembangan perundangan Islam di Sarawak berdasarkan manuskrip Hukum Kanun Lawas, Hukum Kanun Lingga dan sumber lain yang ada serta membina perspektif baharu mengenai perkembangan perundangan Islam di Sarawak sepanjang era penjajahan Brooke dan British sehingga selepas kemerdekaan. Kajian ini menggunakan metode kajian sejarah yang melibatkan empat langkah utama, iaitu heuristik, kritikan sumber, analisis dan interpretasi data serta historiografi. Selain itu, kaedah temubual, triangulasi dan perbandingan manuskrip turut digunakan bagi memperkukuh analisis dan memastikan kesahihan data. Hasil kajian ini mengesahkan kewujudan manuskrip Hukum Kanun Lawas dan Hukum Kanun Lingga yang membuktikan bahawa perundangan Islam telah diamalkan di Sarawak pada zaman penguasaan Kesultanan Brunei. Kajian ini juga meneliti pelbagai sumber sejarah, termasuk catatan Brooke dan pegawainya serta surat-surat perjanjian Brooke dengan Sultan Brunei dan Pengiran Muda Hashim yang mengesahkan perundangan Islam memiliki peranan penting dalam sejarah Sarawak. Hasil analisis mendapati bahawa Sarawak memiliki asas perundangan Islam yang kukuh sebelum kedatangan penjajah. Perundangan Islam berperanan penting bukan sahaja dalam aspek undang-undang keluarga sebagaimana yang berlaku pada masa sekarang tetapi juga sebagai asas keadilan, pentadbiran dan diplomasi yang berlanjutan dari era Kesultanan Brunei hingga pemerintahan Brooke. Penjajahan Barat juga telah memberikan impak negatif terhadap pelaksanaan perundangan Islam di Sarawak yang akhirnya menyebabkan undang-undang Islam hanya digunakan untuk aspek tertentu sahaja dan tidak secara komprehensif seperti zaman sebelumnya. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perundangan Islam di Sarawak bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam, tetapi juga membentuk struktur pentadbiran dan politik di negeri ini sebelum pengaruh kuat penjajahan Barat mengambil alih. Naratif baharu ini menekankan kepentingan perundangan Islam sebagai sebahagian daripada identiti sejarah dan budaya Sarawak yang perlu dipelihara. Penyelidikan lanjut perlu dilakukan untuk menggali lebih banyak maklumat dan memperkaya pengetahuan dan pemahaman tentang warisan sejarah undang-undang Islam di Sarawak seperti Hukum Kanun Lingga dan Hukum Kanun Lawas.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusuf, Noranizah
2021350141
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Bujang, Saimi
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Abdul Kadir, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Perkembangan, perspektif baharu, perundangan Islam, Sarawak, sejarah
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140740
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140740.pdf] Text
140740.pdf

Download (199kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

140740

Indexing

Statistic

Statistic details