Abstract
Dalam dunia digital hari ini, masyarakat sering berdepan dengan lambakan maklumat, namun ramai yang masih tidak memiliki kemahiran membaca secara efektif. Tabiat membaca perlahan, suka mengulang ayat, dan mudah hilang fokus menyukarkan penyerapan maklumat. Justeru, teknik bacaan pantas diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kelajuan membaca, kefahaman dan minat terhadap bahan bacaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik bacaan pantas dalam meningkatkan minat dan kecekapan membaca tulisan Jawi dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dan melibatkan pelajar daripada pelbagai fakulti yang mengunjungi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Kaedah kajian yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik dalam talian, yang dibangunkan menggunakan Google Forms dan diakses melalui kod QR. Sebanyak 150 responden terlibat, terdiri daripada pelajar diploma dari enam buah fakulti yang dipilih secara persampelan rawak. Analisis data telah dijalankan menggunakan perisian Google Sheet dan Microsoft Excel. Hasil dapatan lebih separuh daripada responden menggunakan kaedah panduan visual seperti jari telunjuk atau pen semasa membaca Jawi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar telah mengamalkan teknik bacaan pantas seperti skimming (48%) dan scanning (42%), manakala 92% menyatakan bahawa teknik ini membantu meningkatkan kecekapan dan minat membaca Jawi. Dapatan ini membuktikan bahawa teknik bacaan pantas berpotensi besar sebagai inovasi pedagogi yang boleh diterapkan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abang Yusof, Dayang Azimah dayangazimah@uitm.edu.my Rosli, Khairil Bahrom khairilbahrom715@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Reading (General) L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Reading (General) > Diagnosis, evaluation, prediction, improvement techniques L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Literacy. Illiteracy |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 16 |
| Page Range: | pp. 233-239 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Bacaan pantas, Jawi, Kemahiran, Pedagogi |
| Date: | 5 September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140724 |
