Air mata penyesalan

Mohd Amin, Juyati and Amiruddin Othman, Ahmad Marzuki (2025) Air mata penyesalan. e-DINAMIK. p. 216. ISSN 2682-7832
Abstract

Di celah malam kian sunyi,
Bintang sirna, bulan bersembunyi,
Aku duduk, termangu sendiri,
Mencari diri yang hilang di bumi.
Bayang silam hadir menjelma,
Menyentuh jiwa sarat derhaka,
Setiap langkah, setiap bicara,
Terukir dosa di cermin kaca.
Riak wajah yang penuh tawa,
Menutup gundah yang bergelora,
Mengejar dunia yang sementara,
Lupa janji, lupa cinta-Nya.
Air mata jatuh ke pipi,
Bukan kerana dicengkam sepi,
Tetapi kerana hati menginsafi,
Betapa jauhnya aku dari Ilahi.
Lalu terdengar bisikan lembut,
"Kembalilah hamba-Ku, janganlah takut",
Dalam sujud, aku merintih,
Memohon ampun, rahmat dan kasih.
Langkah kaki kini terhenti,
Di jalan kasih-Mu aku kembali,
Menggapai cahaya yang hakiki,
Agar hidup kembali bererti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140691.pdf]
Text
140691.pdf
Download (543kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics