Meneroka kesan keciciran pendidikan terhadap komuniti di Sarawak: perspektif ekologi dan modal sosial

Sahari, Siti Huzaimah and Budin, Hemyza and Johari, Aiza (2025) Meneroka kesan keciciran pendidikan terhadap komuniti di Sarawak: perspektif ekologi dan modal sosial. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 25. pp. 214-221. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Pendidikan dan persekolahan merupakan asas terpenting dalam membina masa depan individu dan kemajuan sesebuah masyarakat. Namun begitu, fenomena keciciran pendidikan terus berlaku, terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dan persekitaran sosial yang mencabar. Kertas kerja konsep ini membincangkan hubungan antara keciciran pendidikan dengan kemiskinan, jenayah, dan pembangunan insan. Selain daripada itu, pegangan agama juga berperanan sebagai pemangkin dalam memperkukuh motivasi menuntut ilmu, membentuk sahsiah mulia, serta menghindarkan diri daripada gejala negatif. Kajian ini berdasarkan gabungan teori ekologi dan pendekatan nilai dalam pendidikan, serta mengetengahkan bahawa sistem persekolahan yang mantap dan berteraskan nilai agama mampu mengurangkan keciciran dan membina insan seimbang dari segi intelek, emosi, sosial dan spiritual. Kegagalan dalam memperoleh pendidikan formal bukan sahaja menjejaskan masa depan pelajar, malah boleh mendorong kepada penglibatan dalam jenayah dan pengabaian pembangunan potensi diri. Oleh itu, pendidikan yang disepadukan dengan nilai agama dan sokongan komuniti perlu dijadikan strategi utama dalam dasar dan intervensi pendidikan negara. Kertas ini menyeru kepada pendekatan holistik yang memartabatkan persekolahan dan pegangan agama sebagai teras pembangunan insan dan kemajuan negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sahari, Siti Huzaimah
huzaimahs@uitm.edu.my
Budin, Hemyza
hemyzabr@uitm.edu.my
Johari, Aiza
aiza@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and social background. Students' socio-economic status
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 16
Page Range: pp. 214-221
Related URLs:
Keywords: Keciciran, Pendidikan, Kemiskinan
Date: 5 September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140615
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140615.pdf] Text
140615.pdf

Download (512kB)

ID Number

140615

Indexing

Statistic

Statistic details