Meneroka isu dan cabaran daya tahan perniagaan koperasi mikro di Sarawak

Yacob, Yusman Yacob and Nadzir, Hamizah Mohd and Wan Idris, Syarifah Rohaya and Ahmad, Nur Fatin Shazwani and Abang Muan, Dayang Adelina and Ali, Jati Kasuma and Yakub, Shaffaridzuan (2025) Meneroka isu dan cabaran daya tahan perniagaan koperasi mikro di Sarawak. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 24. pp. 205-213. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi, penambahbaikan ekosistem pembangunan dan kawal selia koperasi perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan koperasi pada ketika ini untuk membolehkannya berdaya tahan dalam perniagaan. Dalam konteks perniagaan masa kini, organisasi menghadapi pelbagai bentuk tekanan daripada persekitaran dalaman dan luaran perniagaan berikutan perubahan iklim perniagaan yang semakin kompleks dan mencabar. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran daya tahan perniagaan koperasi mikro di negeri Sarawak menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak 22 buah koperasi mikro yang berusia lebih lima tahun di seluruh negeri Sarawak melibatkan keseluruhan sembilan fungsi perniagaan telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan 22 responden telah di temubual. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik yang merangkumi tiga tahap pengekodan iaitu pengekodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Melalui proses temu bual bersemuka yang telah dijalankan menggunakan soalan protokol yang dibangunkan oleh penyelidik serta penterjemahan data yang diperolehi, antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi mikro di Sarawak ketika ini antaranya kebergantungan kepada bantuan kerajaan, pendidikan koperasi, adaptasi kepada perubahan persekitaran perniagaan dan pengurusan inventori. Hasil dapatan kajian berupaya menyumbang kepada perkembangan ilmu akademik dan praktikal khususnya serta pembangunan koperasi mikro secara amnya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yacob, Yusman Yacob
yusmanyacob@uitm.edu.my
Nadzir, Hamizah Mohd
hamizah@ikma.edu.my
Wan Idris, Syarifah Rohaya
syarifah@ikma.edu.my
Ahmad, Nur Fatin Shazwani
nurfatinshazwani@ikma.edu.my
Abang Muan, Dayang Adelina
dayang@ikma.edu.my
Ali, Jati Kasuma
jati@uitm.edu.my
Yakub, Shaffaridzuan
shaffaridzuan@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Cooperation. Cooperative societies
H Social Sciences > HF Commerce > Business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 16
Page Range: pp. 205-213
Related URLs:
Keywords: Isu cabaran, Daya tahan, Perniagaan, Koperasi mikro, Sarawak
Date: 5 September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140611
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140611.pdf] Text
140611.pdf

Download (405kB)

ID Number

140611

Indexing

Statistic

Statistic details