Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Mobiliti Pelajar bertemakan "Traditional Architecture of Lombok" yang disertai oleh seramai 16 pelajar Bidang Senibina Landskap dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program yang berlangsung selama dua minggu di Universitas Mataram (UNRAM), Indonesia ini bertujuan mendalami elemen seni bina tradisional, warisan, serta perkaitan antara reka bentuk landskap dengan persekitaran sosio-budaya setempat. Melalui lawatan akademik berstruktur ke 15 lokasi ikonik—termasuk perkampungan budaya (Sade, Senaru, Sembalun), tapak bersejarah (Kota Tua Ampenan), serta pelbagai landskap bandar dan semula jadi—pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran berasaskan pengalaman yang holistik. Selain memperluas jaringan akademik serantau, program ini merupakan manifestasi pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara UiTM dan UNRAM. Sinergi antarabangsa ini diharapkan dapat melahirkan generasi profesional landskap yang menghargai kepelbagaian warisan budaya serta mampu mengaplikasikan nilai murni tersebut ke arah reka bentuk landskap mampan demi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Salleh, Mohd Zahid UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA N Fine Arts > NA Architecture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > College of Built Environment |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Seni bina tradisional, Senibina landskap, Mobiliti pelajar, Jaringan akademik serantau, Hubungan sosio-budaya, Lombok, UiTM Cawangan Selangor, Universitas Mataram |
| Date: | 30 August 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140606 |
