Program Casuarajawali 2025 perkukuh jaringan serantau dan kepimpinan mahasiswa UiTM

Silah, Sumardianshah (2025) Program Casuarajawali 2025 perkukuh jaringan serantau dan kepimpinan mahasiswa UiTM. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Casuarajawali 2025 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Casuarina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Program mobiliti antarabangsa selama tujuh hari ini bertemakan "A Heart for ASEAN: Empowering Youth, Embracing Unity" dan melibatkan kolaborasi strategik dengan beberapa institusi pengajian tinggi serta komuniti tempatan di Indonesia. Melalui pendekatan pemindahan ilmu (knowledge transfer), kepimpinan mahasiswa, dan kesukarelawanan, program ini berjaya melaksanakan beberapa aktiviti berimpak tinggi termasuk Bengkel Canting Nusantara, Karnival STEM, serta Program Cassava Couture yang memperkasakan reka bentuk produk berasaskan ubi kayu dalam kalangan pengusaha wanita desa. Selain memperkukuh jaringan serantau dan diplomasi budaya, program ini turut menyumbang kepada sembilan Penunjuk Prestasi UiTM, Modul UTAMA, serta sembilan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, sekali gus membuktikan komitmen dalam melahirkan graduan berciri duta global yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140605.pdf]
Text
140605.pdf
Download (623kB)
Indexing & Metrics