Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program khidmat komuniti bertemakan "Cintakan Tumbuhan dan Haiwan" yang berlangsung pada 20 September 2025 bertempat di Pusat Asasi UiTM Dengkil. Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Industry, Community & Alumni Network (ICAN) Pusat Asasi UiTM dengan kerjasama Kelab ICAN Sinergi sempena sambutan HEPI FEST 2025. Inisiatif ini berjaya menghimpunkan seramai 53 orang kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun daripada komuniti setempat bagi menyemai rasa cinta, minat, dan pengetahuan terhadap alam sekitar sejak usia muda. Pengisian program dirangka secara interaktif melalui aktiviti suai kenal (ice-breaking), kuiz flora dan fauna, serta bengkel seni kreatif. Pendekatan ini direka untuk menyokong pembangunan sahsiah kanak-kanak melalui pemikiran kritikal, ekspresi diri, dan penerapan nilai tanggungjawab sosial. Hasil dokumentasi membuktikan bahawa program ini memberikan impak positif dalam membina hubungan akrab antara universiti dan masyarakat, serta berfungsi sebagai ejen perubahan sosial yang efektif dalam membentuk generasi muda yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakariah, Zazaleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pendidikan alam sekitar, Hubungan universiti-komuniti, Sahsiah kanak-kanak, Flora dan fauna, Kesedaran sosial, HEPI FEST 2025, Pusat Asasi UiTM Dengkil, ICAN Sinergi |
| Date: | 20 September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140588 |
