Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program "Leafy Offices 2.0: Pejabat Bernafas - Tumbuhan & Kompos Untuk Ruang Kerja Sejahtera" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampus Hijau (Unit 2: Green Office) UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Pulau Banding Foundation sempena sambutan ECOFEST UiTM Perak 2025. Berlangsung pada 3 Oktober 2025 di Dewan Kuliah Al-Khawarizmi, bengkel ini bertujuan untuk memperkasa kesedaran warga kerja mengenai kepentingan kualiti udara dalaman (Indoor Air Quality - IAQ) serta implikasinya terhadap kesihatan, produktiviti, dan kesejahteraan di ruang pejabat. Program ini dihadiri oleh 68 peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM serta agensi luar sekitar daerah Perak Tengah. Pengisian program merangkumi dua sesi ceramah utama, iaitu peranan tumbuhan dalaman sebagai penapis udara semula jadi bagi menyerap sebatian organik meruap (VOCs) yang disampaikan oleh Puan Intan Bayani Zakaria, serta panduan praktikal pembuatan dan penggunaan baja kompos untuk tanaman pejabat oleh Dr Slawa Ayob. Hasil program menunjukkan bahawa integrasi amalan hijau di tempat kerja bukan sahaja meningkatkan nilai estetika ruang, melainkan turut berfungsi sebagai langkah proaktif dalam menyokong kelestarian alam sekitar serta mewujudkan budaya kerja yang sihat dan produktif selaras dengan aspirasi kampus hijau universiti.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saharuddin, Shafikah UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA S Agriculture > SB Plant culture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kualiti udara dalaman, Kampus hijau, Tumbuhan dalaman, Baja kompos, Pejabat lestari, ECOFEST 2025, UiTM Cawangan Perak |
| Date: | 7 October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140578 |
