Pelajar UiTM Perak jayakan program USR bertemakan patriotisme bersama komuniti OKU di Kuching

Abdul Rahman, Norainah (2025) Pelajar UiTM Perak jayakan program USR bertemakan patriotisme bersama komuniti OKU di Kuching. UiTM News Hub. pp. 1-3.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program University Social Responsibility (USR) bertemakan patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 yang melibatkan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Pusat Kebajikan Datuk Amar (PKDA) Hajah Juma'ani, Sri Satok, Kuching. Diadakan pada 3 Ogos 2025, program ini dianjurkan oleh pelajar semester 01 Program Pendidikan Jarak Jauh (EPJJ) Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (CFAP221), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak sebagai sebahagian daripada kod kursus SULAM TPR482: Social and Community Planning. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah penyerahan sumbangan cek replika, pertandingan pakaian beragam kemerdekaan oleh pelajar OKU, persembahan lagu patriotik, serta tarian poco-poco. Hasil pelaksanaan menunjukkan program ini memberikan impak positif yang signifikan dalam membentuk sahsiah mahasiswa, memupuk nilai empati, mengasah kemahiran komunikasi dan kepimpinan, serta membuka ruang untuk memahami cabaran masyarakat istimewa. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan malah memperkukuh imej UiTM sebagai institusi pengajian tinggi yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap komuniti setempat

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Norainah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > City planning
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-3
Related URLs:
Keywords: Patriotisme, Tanggungjawab sosial universiti, USR, SULAM, Orang Kurang Upaya, OKU, Perancangan komuniti, UiTM Cawangan Perak, Sarawak
Date: 3 August 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140577
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140577.pdf] Text
140577.pdf

Download (509kB)

ID Number

140577

Indexing

Statistic

Statistic details