Abstract
Hari pertama kelas, student sampai awai dari kita
Minggu kedua kelas, lecturer sampai awai dari depa
Mai minggu seterusnya, kita tunggu depa bukan main lama
Bila tanya kenapa lewat, bagi alasan berjela-jela
Macam tu lah student kita bila kelas nak mula
Mai kelas berlenggang tak bawa apa
Masuk kelas macam terpaksa
tak mai kelas nanti kena ‘bar’
pikiaq hal student boleh sakit kepala
boleh meruntun jiwa
satu bab lagi bila buat online class…
share link google meet, joint minit yang ke 15
antara alasan bernas
laptop terlupa nak cas
baru keluar tandas
bila tanya soalan, biasalah tak dak maklumbalas
yang dengar bunyi unggas-unggas
habis kelas baru dengar “terimakasih sir” berdas das
keluar google meet memang very fast
semua bergegas nak ke physical class
takut nanti terlepas bas
bab assignment pulak…
dah explain detail bagai nak rak
rubrik terperinci pun dah dikongsi jugak
bagi awal tak mau depa lupa dan leka kelak
buat assignment macam last minute product
result tak mencapai tahap yang kita nak
guna chatgpt, gemini tanpa beretika dan tamak
check Turnitin similarities tinggi menggalak
lecturer pun pening tang mana markah nak diletak
originality kerja depa boleh buat kita sedih dan sebak
apa pun kita kena hadaplah jugak
sebagai lecturer kita jangan lemah
terus berjuang mendidik anak bangsa menjadi gagah
mengasah mereka seperti AI yang tinggi kepintaran
menguasai semua kepakaran
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Jamal UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Disiplin pelajar, Cabaran akademik, Integriti digital |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140462 |
