Menyelusuri pasir dan kabus Bromo

Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha and Alias, Fadzilawani Astifar (2026) Menyelusuri pasir dan kabus Bromo. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Gunung Bromo yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger “Stargazing” Semeru merupakan antara destinasi pelancongan paling ikonik di Indonesia. Dikenali dengan landskap gunung berapi, lautan pasir yang luas serta suhu yang dingin, Bromo menawarkan pengalaman alam semula jadi yang unik dan memukau. Keindahan panorama matahari terbit serta suasana yang tenang menjadikan kawasan ini bukan sahaja tarikan pelancong, malah ruang refleksi bagi mereka yang ingin lari seketika daripada kesibukan rutin harian. Persiapan untuk ke Gunung Bromo bermula seawal jam 2.00 pagi dari ‘homestay’ di kaki gunung Bromo. Ketika suasana masih gelap dan udara terasa semakin dingin, kami memulakan perjalanan dari kaki gunung menaiki jeep merentasi laluan berpasir dan lereng bukit yang berbatu memberikan pengalaman yang agak mencabar tetapi mengujakan. Dalam keheningan pagi yang diselubungi kabus, hanya bunyi enjin jeep dan angin sejuk menemani perjalanan, seolah-olah memberi isyarat bahawa satu pengalaman luar biasa sedang menanti di puncak Bromo. Setibanya di kawasan tinjauan, suhu ketika ini lebih kurang dalam 10C – 13C. Dalam cuaca yang sangat dingin, Indomie panas menjadi pilihan awal untuk memanaskan badan dan mengembalikan tenaga. Seusai menjamah Indomie dan secawan teh panas, kedengaran azan subuh berkumandang. Berpeluang menunaikankan solat subuh di gunung Bromo adalah satu pengalaman yang menenangkan dan memberi makna tersendiri sebelum menyaksikan keindahan matahari terbit di puncak gunung. Apabila matahari mula muncul perlahan-lahan di balik pergunungan, suasana yang tadinya gelap disinari cahaya keemasan yang memukau. Kabus pagi beransur hilang, memperlihatkan keindahan gunung Bromo yang terbentang megah di hadapan mata. Detik tersebut terasa begitu singkat, namun cukup untuk meninggalkan kesan mendalam di hati. Keindahan alam yang terpamer dapat mengingatkan kita tentang kebesaran Allah dan betapa kecilnya manusia di sisi ciptaanNya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha
UNSPECIFIED
Alias, Fadzilawani Astifar
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Gunung Bromo, Matahari terbit, Pengalaman menenangkan
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140449
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140449.pdf] Text
140449.pdf

Download (2MB)

ID Number

140449

Indexing

Statistic

Statistic details