Puasa pada zaman Rasulullah

Mustapa, Farah Hayati and Rosmani, Arifah Fasha (2026) Puasa pada zaman Rasulullah. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Ibadah puasa telah difardukan pada tahun ke-2 Hijrah, iaitu selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Makkah ke Madinah. Perintah puasa diturunkan melalui firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Pada awalnya, umat Islam diberi pilihan sama ada berpuasa atau membayar fidyah (memberi makan orang miskin). Kemudian hukum itu dimansuhkan dan puasa Ramadan menjadi wajib bagi yang mampu ada awal kewajipan puasa, peraturannya agak berbeza daripada sekarang. Jika seseorang sudah tidur selepas waktu berbuka, dia tidak boleh lagi makan atau minum sehingga ke malam berikutnya. Seorang sahabat Nabi bernama Qais bin Sirmah (ada riwayat menyebut Qais bin Sarmah) bekerja keras di kebunnya pada siang hari dalam keadaan berpuasa. Apabila tiba waktu berbuka, beliau pulang ke rumah dan meminta makanan daripada isterinya. Namun sementara isterinya menyediakan makanan, beliau tertidur kerana terlalu letih. Maka Qais terpaksa meneruskan puasa keesokan harinya tanpa makan dan minum selepas berbuka malam sebelumnya. Akibat terlalu lemah, beliau akhirnya pengsan pada siang hari. Melihat keadaan itu, Allah menurunkan ayat dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang memberi keringanan: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu… dan makan serta minumlah sehingga jelas bagi kamu benang putih (fajar) daripada benang hitam (malam).” Sejak itu, umat Islam dibenarkan makan dan minum sepanjang malam sehingga masuk waktu Subuh. Ini menunjukkan bahawa syariat Islam itu penuh rahmat dan tidak membebankan

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustapa, Farah Hayati
UNSPECIFIED
Rosmani, Arifah Fasha
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Kewajipan puasa Ramadan, Rukhsah, Keringanan syariat
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140325
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140325.pdf] Text
140325.pdf

Download (1MB)

ID Number

140325

Indexing

Statistic

Statistic details