Sesuci ramadan sebening syawal 2023

Mohd Azmi, Nor Farhana and Sulaiman, Mohd Azizul and Johan, Rohana and Musa, Noor Dalila (2023) Sesuci ramadan sebening syawal 2023. UiTM News Hub. p. 1.
Abstract

Program Sesuci Ramadan Sebening Syawal 2023 Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (USR) Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Alhamdulillah, Di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak, Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG) di bawah Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Universiti(USR) telah mengambil kesempatan untuk berkongsi rezeki bersama-sama dengan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan (asnaf) di sekitar bandar Jengka iaitu Rantau Perintis dan Taman Jengka Impian. Sumbangan yang berbentuk bakul makanan dengan nilaian RM100.00 setiap bakul mengandungi makanan seperti pes kuah kacang, biskut raya, kerepek, ketupat dan nasi impit nona dan kordial minuman. Selain itu, di atas dasar keprihatinan dan cakna, pihak PPPG juga turut mengadakan aktiviti bersama dengan penerima iaitu sesi perkongsian kata-kata semangat dan motivasi serta pengalaman hidup bersama-sama dengan penerima agar mereka tetap terus bersemangat dalam menempuhi kehidupan mereka dan dipermudahkan segala urusan di masa akan datang. InshaAllah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140271.pdf]
Text
140271.pdf
Download (271kB)
Indexing & Metrics