UiTM perkukuh kolaborasi universiti dan keusahawanan mahasiswa melalui Idea Exchange: Jelajah Utara 2025

Mohd Ali, Intan Syazlina (2025) UiTM perkukuh kolaborasi universiti dan keusahawanan mahasiswa melalui Idea Exchange: Jelajah Utara 2025. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program berskala nasional "Idea Exchange: Jelajah Utara 2025" yang berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2025. Program ini dijayakan melalui penyertaan aktif Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama strategik Kelab Penyayang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Di bawah sokongan penuh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM, inisiatif ini memberi fokus kepada pemerkasaan potensi keusahawanan mahasiswa, aktiviti kesukarelawanan, keusahawanan sosial, serta pembangunan sahsiah. Pengisian utama program merangkumi aktiviti kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Arau serta sesi Dialog Bicara Mahasiswa yang melibatkan kolaborasi strategik antara empat universiti utama, iaitu UiTM, USM, UniMAP, dan UUM. Sesi tersebut berfungsi sebagai platform perkongsian idea, inovasi, dan amalan terbaik dalam keusahawanan pelajar berimpak tinggi. Hasil analisis membuktikan bahawa program kolaboratif ini memberikan impak kritikal dalam menterjemahkan daya kreatif dan kemahiran digital mahasiswa sebagai ejen perubahan sosial dan peneraju ekonomi negara yang prihatin, berjiwa kepimpinan, serta berdaya saing global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140239.pdf]
Text
140239.pdf
Download (549kB)
Indexing & Metrics