Abstract
Sempena menyambut bulan yang penuh keberkatan, Jabatan telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran JSKM sebagai salah satu pengisian utama Program Ihya’ Ramadan 1447H. Program ini berlangsung sepanjang 1 hingga 30 Ramadan 1447H (bermula 19 Februari 2026), bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini mensasarkan pembacaan 30 juzuk AlQuran secara khatam sekali sepanjang bulan Ramadan. Sepanjang pelaksanaannya, para peserta membaca sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari bagi memastikan sasaran khatam dapat dicapai dengan sempurna. Program ini turut diteruskan pada hari Sabtu dan Ahad, mencerminkan komitmen dan kesungguhan warga jabatan dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan membaca Al-Quran. Penyertaan terbuka kepada seluruh warga jabatan yang berminat untuk bersama-sama memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah sesama warga kerja. Setiap sesi dimulakan dengan bacaan Al-fatihah doa dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran secara bergilir-gilir dalam kalangan peserta sepanjang sesi Google Meet, mengikut pembahagian juzuk yang telah ditetapkan. Sesi diakhiri dengan bacaan doa dan tasbih kifarah. Program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan amalan membaca Al-Quran, malah turut menjadi medium penyucian jiwa, peningkatan sahsiah diri serta pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan warga jabatan. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan dalam usaha membentuk warga kerja yang seimbang dari aspek profesional dan kerohanian. Semoga segala usaha dan amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima dan diberkati oleh Allah.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mustapa, Farah Hayati UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Program Ihya’ Ramadan, Tadarus al-Quran, Khatam 30 juzuk |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140224 |
