Ramadhan: reset hidup, reset dosa

Alias, Fadzilawani Astifar and Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha (2026) Ramadhan: reset hidup, reset dosa. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Ramadhan bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Ia adalah butang “reset” yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya setiap tahun. Dalam dunia yang penuh keletihan, dosa, kesibukan dan kelalaian, Ramadhan hadir seperti cahaya yang menyuluh kembali arah hidup kita. Kadang-kadang kita tidak sedar, hidup berjalan terlalu laju. Hati menjadi keras. Solat menjadi rutin tanpa rasa. Al-Quran jarang disentuh. Doa pula hanya singgah ketika susah. Lalu Allah datangkan Ramadhan, bukan untuk membebankan, tetapi untuk menyelamatkan. RESET HATI Ramadhan Sepanjang 11 bulan, hati kita terdedah kepada pelbagai penyakit, riak, marah, hasad, sombong dan lalai. Ramadhan mengajar kita menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, tetapi juga menahan ego dan emosi. Apabila kita berpuasa, kita belajar bahawa kita ini lemah. Kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Dari Subuh hingga Maghrib, kita menahan diri bukan kerana tiada makanan, tetapi kerana taat kepada perintah-Nya. Di situlah hati di-reset. Kita kembali sedar siapa diri kita. Kita hanyalah seorang hamba yang lemah. RESET HUBUNGAN DENGAN AL-QURAN Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Inilah masa kita memperbaharui hubungan dengan Kalam Allah. Mungkin sebelum ini kita jarang membaca. Mungkin sekadar membaca tanpa memahami. Tetapi Ramadhan memberi peluang untuk bermula semula. Setiap huruf digandakan pahala. Setiap ayat melembutkan jiwa. Setiap surah yang dibaca menjadi saksi di akhirat kelak. Ramadhan bukan sekadar khatam Al-Quran, tetapi membiarkan Al-Quran “menghidupkan” kita. Betapa Allah Maha Baik menghadirkan Ramdhan disaat hati tengah lalai dengan dunia. RESET DOSA Manusia tidak lari daripada dosa. Ada dosa yang kita sedar. Ada dosa yang kita lupa. Ada dosa yang kita ulang berkali-kali. Namun Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Bayangkan… Dosa bertahun-tahun, boleh dihapuskan dalam 30 hari. Ramadhan adalah peluang membersihkan rekod hidup kita. Ia seperti lembaran baru yang Allah buka untuk kita tulis semula kisah diri dengan lebih baik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Fadzilawani Astifar
UNSPECIFIED
Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Reset, Hamba, Peluang
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140223
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140223.pdf] Text
140223.pdf

Download (1MB)

ID Number

140223

Indexing

Statistic

Statistic details