Rafah yang diratah tidak pernah punah

Johan, Elly Johana (2026) Rafah yang diratah tidak pernah punah. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Satu wilayah diratah taring besi yang zalim tidak terperi
Rafah berdiri dalam selimut debu dan sepi dalam galaksi sendiri
Runtuhan bukan hanya konkrit batu, tapi diamnya bisu semua saksi
Bukan mimpi, apatah lagi filem lagak ngeri, tapi itu satu realiti

Wahai dunia, di mana semua semangat waja pahlawan bangsa?
Adakah kezaliman itu datang dengan suara yang sayup dan perlahan?
Adakah nyawa hanyalah angka dan darah hanya sekadar warna?
Pembelaan hanya terhenti di atas dinginnya meja rundingan?

Biar jerit dibungkam oleh takbir yang hiba di hujung takdir
Setiap titis darah akan menuntut janji di mahkamah abadi
Yang benar walau terselindung tetap terbela dalam pahit dan getir
Kerana Rafah adalah degup nadi jantung yang enggan berhenti

Di mana sempadan itu bermula?
Bukan di kawat berduri atau dinding pemisah yang tinggi
Tetapi di antara garisan doa yang terangkat ke langit tanpa ada kuasa yang menghalang
Aku bersumpah menjadi saksi, yang zalim pasti tersungkur menyembah bumi
Yang benar pasti akan menang dengan maruah dan harga diri yang mencerlang

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140209.pdf]
Text
140209.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics