Deep Work: kemahiran fokus berimpak tinggi

Amiruddin Othman, Ahmad Marzuki and Sukar, Muhamad Ashaari and Mohd Amin, Juyati (2025) Deep Work: kemahiran fokus berimpak tinggi. e-DINAMIK. pp. 179-180. ISSN 2682-7832
Abstract

Dalam era dunia digital yang penuh ‘hiruk pikuk’ ini, mahukah anda belajar cara untuk bekerja dengan fokus dan tanpa gangguan? Buku “Deep Work: Rules for Focused Success in a Distracted World”, karya Newport (2016) semestinya untuk anda! Buku ini membincangkan konsep “deep work” sebagai keupayaan bekerja dalam keadaan fokus yang mendalam dan tanpa gangguan. Ini mampu menghasilkan hasil kerja bernilai tinggi dari segi kualiti serta keberkesanan. Menurut Newport, dalam era digital yang sarat dengan gangguan (distraction), seperti media sosial, e-mel, dan notifikasi berterusan, kemampuan untuk mengekalkan deep work semakin jarang dimiliki. Namun, kemahiran ini menjadi semakin kritikal dalam menentukan kejayaan individu dalam kerjaya berasaskan pengetahuan. Newport berpendapat bahawa kejayaan jangka panjang dalam dunia moden bukan lagi bergantung semata-mata pada kepandaian, tetapi pada keupayaan menguasai fokus yang mendalam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140186.pdf]
Text
140186.pdf
Download (604kB)
Indexing & Metrics