Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program latihan amali bertajuk 'Skid Resistance Test' dan 'Spot Speed Study' yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Program yang berlangsung pada 3 Oktober 2025 di Makmal Kejuruteraan Jalanraya dan Lalulintas ini melibatkan penyertaan daripada pelajar Tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dari Program Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Seberang Perai (KV SEP). Latihan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Road and Traffic Engineering Technology (EDT3012) yang menekankan pendekatan pembelajaran berasaskan amali. Sepanjang sesi, para pelajar diberikan pendedahan secara langsung dalam mengendalikan peralatan makmal sebenar, melakukan analisis data, serta membentangkan hasil pemerhatian secara teknikal. Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap aspek keselamatan jalan raya dan kejuruteraan trafik, malah mempererat hubungan akademik dua hala serta menyokong pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Rozaini UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kejuruteraan trafik, Keselamatan jalan raya, Latihan amali, Rintangan gelinciran, Pendidikan teknikal dan vokasional, UiTM Pulau Pinang, KV SEP |
| Date: | 28 October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140137 |
