KELANA JAYA, 23 FEBRUARI 2023 – Konferensi kali ketiga IOU Conference on Research & Integrated Sciences: Gambia – Malaysia (IOUCRIS 2023) telah diadakan di Menara OUM, Kelana Jaya, Selangor Malaysia. Konferensi yang dianjurkan bersama oleh Open University Malaysia (OUM) dan International Open University (IOU) Gambia ini telah mendapat sambutan seramai 144 pembentang dan peserta yang datang daripada 5 negara iaitu Bangladesh, Somalia, China, Malaysia dan Australia. Penceramah ucaptama pertama adalah Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal yang merupakan seorang Kaunselor Profesional berlesen. Beliau telah dilatih secara professional dalam psikologi kaunseling di Amerika Syarikat. Beliau mempunyai lebih 31 tahun pengalaman sebagai ahli akademik di universiti bertaraf dunia dengan 20 tahun pengalaman dalam pengurusan tertinggi. Beliau telah menulis dan mengasaskan sistem psikologi dalam talian pertama Malaysia, yang terdiri daripada TAJMA Personality Plus dan TAJMA Career Interest Plus. Beliau juga merupakan pengasas Al-Ghazalian Psycho-Spiritual Counseling dan mempunyai 20 harta intelek yang didaftarkan di bawah namanya. Manakala,penceramah ucaptama kedua adalah Prof Dr. Md. Aminul Islam yang kini bertugas sebagai Profesor di Bahagian Kewangan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis. Prof Aminul membuat penyelidikan dalam bidang Kewangan, Perakaunan dan Keusahawanan. Projek semasa beliau ialah Sukuk, Perbankan Islam, Keusahawanan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nias Ahmad, Mohamad Azmi UNSPECIFIED Hashim, Azizi @ Hamizi UNSPECIFIED Md Din, Norlaila UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Applied psychology L Education > LC Special aspects of education > Forms of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | IOUCRIS, Open University Malaysia, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 27 February 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140111 |
140111.pdf
