Encik Mohd Haniff yang merupakan bekas Presiden PERSIDA bagi sesi 2015-2016 memulakan sesi perkongsian pengalaman dengan menyatakan bahawa selain beliau adalah Presiden PERSIDA, beliau juga adalah ketua Batch dan ketua Kelas. Menurut beliau, sebagai pelajar, seharusnya peluang untuk memajukan diri dan mengasah ‘soft skills’ seharusnyalah direbut. Pengalaman belajar sewaktu peringkat Diploma adalah yang terbaik dan merupakan permulaan kepada laluan kerjaya beliau. Sebaik sahaja tamat pengajian Diploma Perakaunan, beliau terus melanjutkan pengajian di peringkat pengajian professional ACCA di UiTM Shah Alam. Pada awalnya, keputusan melanjutkan pengajian diperingkat ACCA ditentang oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana dikatakan ‘susah’. Namun hasil nasihat pensyarah perakaunan terutamanya Koordinator Fakulti Perakaunan, Puan Syahida yang telah meneliti keputusan akademik dan Sahsiah pelajar, beliau telah meneruskan pengajian dan tamat pengajian dengan jayanya.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Zeni, Syahida UNSPECIFIED Nias Ahmad, Mohamad Azmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | PERSIDA, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 26 January 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140058 |
140058.pdf
