UiTM perkukuh usaha konservasi sungai dan habitat labi-labi bersama industri dan komuniti

Jamaludin, Mas Aiyu (2025) UiTM perkukuh usaha konservasi sungai dan habitat labi-labi bersama industri dan komuniti. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program "Guardians of the River: UiTM-IJMC Sdn. Bhd. (Bandar Rimbayu) Softshell Turtle Community-Based Conservation Initiative" yang berlangsung di Kampung Gol, Jerantut, Pahang. Program ini merupakan anjuran Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti di Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM), melalui kerjasama strategik bersama IJM Construction Sdn. Bhd. (Bandar Rimbayu), Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, serta komuniti setempat. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memelihara kelestarian sungai serta habitat air tawar, dengan fokus khusus terhadap pemuliharaan spesies labi-labi terancam kritikal (Critically Endangered) seperti Pelochelys cantorii (Resing) dan Chitra chitra (Labi Bintang). Antara pengisian utama program merangkumi pelancaran buku konservasi, lawatan tapak, penanaman pokok, eksplorasi sungai, serta pelepasan anak labi-labi ke habitat semula jadi. Sejajar dengan agenda 'Universiti untuk Masyarakat', program berasaskan komuniti ini berjaya menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 14 dan SDG 15) dalam memelihara biodiversiti dan ekosistem demi kelestarian alam sekitar yang berpanjangan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140042.pdf]
Text
140042.pdf
Download (672kB)
Indexing & Metrics