Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program "Bridging STEM and Innovation for Secondary School Students" yang dianjurkan oleh Kelab Robotik dengan kerjasama Unit Sains Komputer, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Program yang menjadi pengisian utama dalam CS Open Day 2025 ini berlangsung pada 11 Oktober 2025 bertempat di Pusat Asasi UiTM Dengkil, bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan literasi teknologi di peringkat sekolah. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 75 orang pelajar dan 15 orang guru daripada tiga buah sekolah menengah sekitar iaitu SMK Dengkil, SMK Bandar Baru Salak Tinggi, dan SMK Seri Sepang. Pengisian program merangkumi pameran Arduino yang menampilkan 42 projek prototaip robotik dan satelit mini, sesi perkongsian ilmu bertemakan keselamatan siber, serta sumbangan Advanced Arduino Kits kepada pihak sekolah. Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, SDG 9, dan SDG 17) melalui jaringan kerjasama bersepadu antara universiti, sekolah, dan industri demi melahirkan generasi muda yang berdaya saing mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Nawal UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA Q Science > Q Science (General) > Study and teaching |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pendidikan STEM, Inovasi robotik, Teknologi Arduino, Pusat Asasi UiTM, Keselamatan siber, Jaringan kerjasama komuniti, SDG |
| Date: | 11 October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140035 |
