Kerjasama UiTM dan sekolah rendah jayakan program MINI STEM 3.0 di Pulau Pinang

Noor Ahmad, Farrah (2025) Kerjasama UiTM dan sekolah rendah jayakan program MINI STEM 3.0 di Pulau Pinang. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program MINI STEM 3.0 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 30 September 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Pulau Pinang. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang bersama pihak sekolah, dengan sokongan padu daripada Penang Science Cluster, Kolej Komuniti Seberang Jaya, serta Boiler & Safety Engineering Club (BoSEC). Penganjuran ini berjaya menarik penyertaan seramai 250 orang pelajar dari sekolah tuan rumah serta 50 orang pelajar dari tujuh buah sekolah rendah di sekitarnya. Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti interaktif dan praktikal seperti pembelajaran konsep STEM dan motor elektrik, pengukiran laser pada kayu dan logam, demonstrasi pencetak dan pen 3D, roket air, serta pertandingan robot sumo. Inisiatif tanggungjawab sosial universiti ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi peranan institusi terhadap masyarakat, malah berfungsi sebagai pemangkin utama dalam memupuk minat generasi muda terhadap bidang teknikal dan melahirkan komuniti sekolah rendah yang celik teknologi demi memacu pembangunan negara

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140034.pdf]
Text
140034.pdf
Download (490kB)
Indexing & Metrics