Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh seramai 30 orang warga Jabatan Alam Bina dan Teknologi (JABT) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program bertemakan tanggungjawab sosial universiti (University Social Responsibility - USR) ini telah berlangsung pada 25 Oktober 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Redang Ponggor, Langkap, Perak, iaitu sebuah institusi pendidikan luar bandar yang majoriti pelajarnya terdiri daripada komuniti Orang Asli. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara universiti dengan komuniti luar bandar, di samping memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dan pensyarah dalam mengaplikasikan ilmu. Antara pengisian utama program merangkumi projek melukis dan mengecat mural, gotong-royong pengindahan kawasan sekolah, serta aktiviti interaktif bersama pelajar dan penduduk kampung seperti taklimat akademik, sukaneka, dan sesi kaunseling kerjaya. Hasil daripada program sehari ini bukan sahaja berjaya menyuntik motivasi dan semangat pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti serta agenda pendidikan inklusif yang berterusan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Yusof, Nor Syaqilah Arisha UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LC Special aspects of education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Khidmat masyarakat, Tanggungjawab sosial universiti, Komuniti Orang Asli, Pengindahan sekolah, Pendidikan inklusif, UiTM Perak, JABT |
| Date: | 25 October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140032 |
