Matematik tanpa sempadan: UiTM dan UHO jalinkan sesi pengajaran kolaboratif dalam subjek kalkulus

Ismail, Nazihah (2025) Matematik tanpa sempadan: UiTM dan UHO jalinkan sesi pengajaran kolaboratif dalam subjek kalkulus. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan sesi pengajaran kolaboratif antarabangsa bagi subjek Kalkulus yang melibatkan kerjasama strategik antara Pengajian Sains Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Pahang (UCPh), Kampus Jengka, bersama Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) Universitas Halu Oleo (UHO), Indonesia. Program hibrid selama dua jam ini telah disertai oleh seramai 40 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia dengan objektif utama untuk memberikan pendedahan akademik di peringkat global serta meluaskan perspektif pelajar terhadap pendekatan pembelajaran Matematik merentasi sempadan negara. Selain menjadi platform pertukaran teknik pedagogi dan perkongsian ilmu antara barisan pensyarah kedua-dua institusi, inisiatif ini secara langsung menyokong usaha berterusan UiTM dalam memperkukuh jaringan antarabangsa serta memacu pembangunan profesionalisme dalam bidang pengajaran dan penyelidikan Matematik di peringkat global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140026.pdf]
Text
140026.pdf
Download (698kB)
Indexing & Metrics