Kursus GAP getah di UiTM Melaka: Langkah strategik memacu kecemerlangan industri perladangan

Mohd Aziz, Khawarizmi (2025) Kursus GAP getah di UiTM Melaka: Langkah strategik memacu kecemerlangan industri perladangan. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan Program Latihan Sehari & Kursus Good Agricultural Practices (GAP) Tanaman Getah yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Jasin dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Selatan pada 3 November 2025. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar Diploma Pengurusan Industri Perladangan dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bertujuan untuk memperkasa kemahiran teknikal serta memberikan pendedahan langsung mengenai amalan terbaik industri getah. Pengisian kursus merangkumi aspek teori dan amalan profesional seperti pemilihan klon, penjagaan ladang, teknik penorehan, pembajaan, dan kawalan penyakit , di samping penyampaian taklimat serta demonstrasi lapangan oleh pakar LGM. Melalui pendekatan praktikal dan interaktif ini, program berjaya menjadi jambatan penting antara teori akademik dengan realiti industri perladangan , sekali gus memperkukuh hubungan strategik akademia-industri dalam melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia memenuhi pasaran kerja tempatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140024.pdf]
Text
140024.pdf
Download (857kB)
Indexing & Metrics