Jejak kenangan di Pulau Mutiara bersama keluarga

Mohd Mydin, Azlina (2026) Jejak kenangan di Pulau Mutiara bersama keluarga. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada hujung minggu, 8 Febuari 2026, saya bersama adik dan kakak saudara telah merancang untuk berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang. Perjalanan ini menjadi kenangan manis kerana kami dapat meluangkan masa bersama sambil menikmati keindahan pulau tersebut. Perjalanan ke Teluk Bahang agak mencabar kerana keadaan jalan yang sempit dan berliku-liku. Kakak saudara saya memandu dengan penuh berhati-hati dan cekap walaupun terdapat beberapa kawasan yang masih dalam pembinaan jalan. Laluan yang berpusing-pusing itu benar-benar menguji kemahiran beliau sebagai pemandu, namun semuanya berjalan lancar. Kami bermalam di Lexis Suites Penang yang terletak berhampiran pantai. Suasana hotel yang selesa dan pemandangan laut yang indah benarbenar menenangkan fikiran. Pada keesokan harinya, selepas selesai urusan daftar keluar, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta menuju ke Teluk Bahang. Perjalanan ke Teluk Bahang agak mencabar kerana keadaan jalan yang sempit dan berliku-liku. Kakak saudara saya memandu dengan penuh berhati-hati dan cekap walaupun terdapat beberapa kawasan yang masih dalam pembinaan jalan. Laluan yang berpusing-pusing itu benar-benar menguji kemahiran beliau sebagai pemandu, namun semuanya berjalan lancar. Kami tiba di Kilang Batik Teluk Bahang pada jam 12.15 tengah hari. Setibanya di sana, kami menempah lawatan percuma untuk melihat proses pembuatan batik. Memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad dan hanya beberapa orang pekerja yang bertugas, pegawai yang mengendalikan lawatan memberikan penerangan yang sangat lengkap dan jelas. Sepanjang lawatan selama kira-kira 30 minit itu, kami berpeluang melihat sendiri cara pekerja melukis corak dan mencanting batik dengan penuh teliti dan kreatif. Kami juga dapat memahami proses mewarna dan menghasilkan kain batik yang cantik serta unik. Pengalaman ini sangat menarik kerana sebelum ini saya hanya melihat batik yang telah siap dijual tanpa mengetahui proses pembuatannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139964.pdf]
Text
139964.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics