Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Malang, Indonesia

Haris, Siti Melinda (2023) Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Malang, Indonesia. UiTM News Hub. pp. 1-3.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

SHAH ALAM, 3 APRIL 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menjalinkan hubungan strategik dengan Universitas Islam Malang, Indonesia (UNISMA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan UNISMA dalam majlis yang telah berlangsung di UiTM Shah Alam semalam. Dalam majlis tersebut, UiTM telah diwakili oleh Naib Canselor, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, manakala UNISMA pula diwakili oleh Rektor, Yang Berbahagia Profesor Dr. Masykuri Bakri. Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi FSPPP dan UNISMA, serta Dekan Fakulti Perubatan. Matlamat utama MoU ini adalah untuk meraikan percambahan ilmu pengetahuan melalui kerjasama pintar dalam pelbagai disiplin. Selain itu, MoU ini juga bertujuan untuk memelihara dan mempergiatkan kerjasama, khususnya dalam bidang pendidikan, menekankan kepakaran penyelidikan dan kolaborasi melibatkan pensyarah dan pelajar kedua-kedua institusi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Haris, Siti Melinda
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-3
Related URLs:
Keywords: FSPPP, MoU, Universitas Islam Malang (UNISMA), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139894
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 139894.pdf] Text
139894.pdf

Download (1MB)

ID Number

139894

Indexing

Statistic

Statistic details