Abstract
MACHANG, 30 Mac 2023 – Pihak Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) dengan berbesar hati telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Universitas Muslim Nusantara Al Washliyah, Medan, Indonesia (UMNAW) pada 18 hinga 20 Mac 2023 yang lalu. Delegasi disertai oleh 5 orang wakil daripada UMNAW iaitu Dr. H. Firmansyah, Wakil Rektor Bidang Akademik, Dr. Anwar Sadar, Wakil Rektor Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama, Dr. Anggia Sari Lubis, Dekan Fakultas Ekonomi, Dewi Nurmala, Dekan Fakultas Sastra dan Dr. Asnawi, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan. Delegasi berpeluang berjumpa dengan Ketua-ketua Pusat Pengajian semua fakulti termasuk Institut Pengajian Siswazah (IPSIS) di UiTMCK dan mengadakan Mesyuarat Kolaborasi Antarabangsa yang membincangkan halatuju serta perancangan-perancangan program kerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan akademik terutamanya di kedua-dua universiti. Hasil perbincangan akan diterjemahkan ke dalam bentuk pelaksanaan yang akan dijalankan dari masa ke semasa. Mereka juga turut menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk keluaran UiTMCK iaitu Batik Kemuning, Kemuning Serunding, Nanas MD2, dan produk Serunding Halia hasil projek agrobisnes Halia Bentong UiTMCK.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Cawangan Kelantan, Unit Komunikasi Korporat UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | MoU, Universitas Muslim Nusantara Al Washliyah, Medan, Indonesia (UMNAW), Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | March 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139889 |
