Abstract
SHAH ALAM, 9 JUN 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pentagon Math Sdn Bhd (Al-Baghdadi) dan Perjanjian Tanpa Pendedahan dengan FGV Holdings Berhad (FGV). UiTM diwakilkan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM manakala Pentagon Math Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Encik Muhammad Farhan Haji Alias C.A.(M). FGV diwakili oleh Encik Zul Hasymi Saadul Kurzi (Ketua Pegawai Eksekutif, FGV Agri Services Sdn Bhd), dan Encik Noor Hisham Hamid (Ketua Pegawai Eksekutif, FGV R&D Sdn Bhd). Bagi meraikan pencapaian tersebut, satu majlis pertukaran MoU dan Perjanjian Tanpa Pendedahan antara UiTM dengan Pentagon Math dan FGV telah diadakan pada 9 Jun 2023 di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor PJI, UiTM Cawangan Pahang telah mewakili Naib Canselor UiTM pada majlis tersebut.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. M Yacob, Noor Hasimah UNSPECIFIED Mohammad Fadzillah, Nor Syazwani UNSPECIFIED Zainal Abdul, Norlinda UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | MoU, Pentagon Math Sdn Bhd (Al-Baghdadi), FGV Holdings Berhad, Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Date: | June 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139880 |
