Abstract
SAMARAHAN, 3 Ogos 2023 – Detik bersejarah telah terlakar antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak apabila telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) sewaktu program “Sarawak, Ibu Pertiwiku” pada 2 Ogos 2023 hari Rabu bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kampus Samarahan 2, UiTM cawangan Sarawak. Majlis menandatangani MOC telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli. Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM cawangan Sarawak YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said, Ketua Timbalan Pustakawan YBrs. Tuan Haji Azizi Haji Jantan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak YBrs. Encik Wan Mazli Wan Razali. Dengan termetrinya MOC ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dan Pustaka Negeri Sarawak dalam aspek inovasi, latihan dan perkongsian sumber perpustakaan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sabtu, Asmah UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Memorandum Kerjasama, Memorandum of Collaboration, MOC, Pustaka Negeri Sarawak |
| Date: | August 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139873 |
