Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd.

UiTM, Jabatan Komunikasi (2023) Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan TEKUN Corporation Sdn. Bhd. UiTM News Hub. pp. 1-2.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

SHAH ALAM, 15 OGOS 2023 – Satu Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 15 Ogos 2023 pada jam 10.30 pagi di Hotel De Palma, Shah Alam di antara UiTM bersama Tekun Corporation Sdn Bhd. Jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menguatkan, menggalakkan dan membangunkan aktiviti keusahawanan dan kebolehpasaran graduan UiTM melalui aktiviti perniagaan serta peluang kerjaya bersama. Memetik kata Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, beliau amat berterima kasih dengan kewujudan TEKUN MART sebagai sebuah kedai serbaneka yang telah banyak mempermudahkan urusan pelajar mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan dalam kawasan kampus. Beberapa kampus seperti kolej kediaman di UiTM Shah Alam, UiTM Kampus Seremban, UiTM Kampus Sungai Petani dan UiTM Kampus Pasir Gudang telah dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan sekaligus ia juga memberi peluang pekerjaan sampingan kepada para pelajar. Kolaborasi ini juga akan memupuk bidang keusahawanan di peringkat universiti dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, peluang penempatan latihan industri pelajar UiTM bersama TEKUN Corporation Sdn. Bhd juga bakal memberi manfaat kepada pelajar UiTM.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Jabatan Komunikasi
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-2
Related URLs:
Keywords: Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), TEKUN Corporation Sdn. Bhd, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Date: August 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139869
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 139869.pdf] Text
139869.pdf

Download (926kB)

ID Number

139869

Indexing

Statistic

Statistic details