Abstract
Pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Pahang dan UiTM Global telah berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ahmadu Bello University (ABU), Zaria, Nigeria. Majlis ini telah diadakan pada 11 September 2023 (Isnin) jam 4.00 petang (Waktu Malaysia) / 9.00 pagi (Waktu Nigeria) bertempat di Studio HEP, UiTM Pahang dan secara maya melalui platform Zoom meeting. Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Yang Berusaha Prof Madya Dr Hjh Nazirah Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang) bersama Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Pahang sebagai saksi.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Minhad, Nurulatika UNSPECIFIED Rosli, Fazidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | FPA UiTM Jengka, UiTM Cawangan Pahang, Ahmadu Bello University (ABU) Nigeria |
| Date: | September 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139866 |
