Abstract
Tiga orang sahabat, Ina, Fizah dan Wan yang bekerja di jabatan yang sama, JSKM, telah merancang satu aktiviti "Jelajah Ceria Bersama" bagi merehatkan minda selepas kesibukan bekerja. Mereka bercadang untuk berjalan-jalan dan menikmati tempat-tempat menarik di Pulau Pinang sebagai cara untuk melepaskan tekanan serta mengeratkan lagi persahabatan. Jelajah ceria ini dirancang pada cuti semester pada 30 September 2025. Perjalanan mereka bermula pada awal pagi sekitar pukul 9.00 pagi. Mereka menaiki van On- Demand ke Penang Central untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki feri baharu, dan masing-masing teruja melihat kemudahan serta suasana di dalam feri. Dalam masa kira-kira 15 minit, mereka selamat tiba di Pulau Pinang. Setibanya di pulau, mereka berjalan kaki selama kira-kira 10 minit menuju ke Muzium Makanan yang terletak di Jalan Kapitan. Di sana, mereka mengambil gambar, melihat pameran makanan tradisional dan moden, serta menikmati pengalaman interaktif yang disediakan. Selepas itu, mereka menuju ke Menate Restaurant untuk menikmati makan tengah hari. Pelbagai hidangan lazat dinikmati sambil mereka berbual dan ketawa bersama. Pada pukul 2.00 petang, mereka menaiki bas Rapid ke jeti semula. Tepat pukul 2.30 petang, mereka menaiki feri kembali ke Penang Central. Selepas itu, mereka menempah Van on- demand untuk pulang ke UiTM dalam pukul 3.30 petang, di mana mereka tinggalkan kereta pagi tadi. Masing-masing pulang ke rumah dan tiba sekitar pukul 4.00 petang dengan perasaan gembira dan puas. “Pengalaman ini bukan sahaja merehatkan minda, malah mengeratkan persahabatan.” Aktiviti "Jelajah Ceria Bersama" ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan berseronok, malah mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara mereka. Pengalaman menaiki feri, melawat muzium dan menikmati makanan bersama menjadi kenangan indah yang tidak akan dilupakan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mydin, Azlina UNSPECIFIED Kechil, Rafizah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Jelajah ceria, Persahabatan, Pulau Pinang |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139856 |
