Majlis Apresiasi JSKM 2026

Mohd Mydin, Azlina (2026) Majlis Apresiasi JSKM 2026. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pada 3 Februari 2026, Majlis Apresiasi JSKM 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik De Pauh Garden. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ianya dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada warga Jabatan Sains Kesihatan Masyarakat (JSKM) atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang tahun. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta menghargai staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan tugas, sumbangan terhadap pencapaian KPI jabatan serta penglibatan aktif dalam program dan aktiviti kampus. Kehadiran para staf dan jemputan khas telah menyerikan lagi suasana majlis yang penuh bermakna ini. Sebanyak tiga belas (13) kategori anugerah telah disampaikan sijil penghargaan kepada penerima yang layak. Bagi anugerah yang menyumbang kepada KPI jabatan, beberapa kategori utama telah diperkenalkan iaitu Anugerah Penerbitan, Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Anugerah Perundingan. Anugerah Penerbitan diberikan kepada semua individu yang berjaya menghasilkan penerbitan berkualiti sama ada dalam bentuk jurnal, buku mahupun prosiding. Anugerah CSR pula mengiktiraf penglibatan aktif warga jabatan dalam program khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada komuniti. Manakala Anugerah Perundingan diberikan kepada individu yang berjaya menjana kepakaran dan kerjasama strategik melalui projek perundingan bersama industri atau agensi luar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan daripada koordinator jabatan iaitu Dr. Nor Hanim Binti Abd Rahman, yang menekankan kepentingan kerjasama berpasukan, integriti dan komitmen dalam memastikan kejayaan organisasi terutama jabatan JSKM. Suasana majlis yang santai tetapi penuh bermakna telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga JSKM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Mydin, Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Majlis Apresiasi, Penghargaan staf, Pencapaian KPI
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139852
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 139852.pdf] Text
139852.pdf

Download (1MB)

ID Number

139852

Indexing

Statistic

Statistic details