Satu pasukan, satu penghargaan

Mohd Mydin, Azlina and Wan Mohammad, Wan Anisha (2026) Satu pasukan, satu penghargaan. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Majlis Apresiasi merupakan satu program penting yang dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada semua warga kerja atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun. Bagi memastikan majlis ini berjalan lancar dan teratur, persediaan rapi telah dilakukan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis Apresiasi JSKM diketuai oleh Ts. Azlina Mohd Mydin dan terdapat 18 orang AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Dr. Norhanim sebagai penaung yang sentiasa memberi nasihat dan memantau perjalanan program. Fuziyatul bertindak sebagai setiausaha yang menguruskan segala surat berkaitan majlis ini. Siti Mariam memegang jawatan bendahari yang akan menguruskan kewangan program majlis ini. Dalam menjayakan sesuatu program atau penilaian di peringkat jabatan, peranan Ahli Jawatankuasa (AJK) penjurian amat penting bagi memastikan proses penilaian berjalan secara telus, sistematik dan teratur. Bagi program yang dianjurkan oleh warga Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), AJK penjurian yang terdiri daripada Ts. Azlina dan Siti Mariam telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan profesionalisme.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139843.pdf]
Text
139843.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics