Sentuhan idea bersama: keindahan backdrop konsep bunga

Mohd Mydin, Azlina and Kechil, Rafizah (2026) Sentuhan idea bersama: keindahan backdrop konsep bunga. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Penyediaan backdrop bagi Majlis Apresiasi telah dirancang dengan penuh kreativiti dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa. Backdrop ini bukan sahaja berfungsi sebagai latar pentas utama, malah turut dijadikan sudut bergambar (photobooth) untuk para tetamu merakam kenangan indah sepanjang majlis berlangsung. Idea untuk menggunakan konsep bunga telah dicetuskan secara bersama selepas beberapa sesi perbincangan bagi mencari tema yang sesuai, elegan dan bersesuaian dengan suasana apresiasi. Setelah meneliti pelbagai konsep dan reka bentuk, jawatankuasa akhirnya bersetuju memilih rekaan bingkai berbentuk lilitan bulat yang dihias dengan kain dan bunga gantung. Konsep bulatan dipilih kerana melambangkan kesatuan, keharmonian dan semangat kerja berpasukan. Bagi merealisasikan idea tersebut, Pn. Rafizah telah mengambil inisiatif membeli lilitan bulatan yang boleh dilaraskan ketinggiannya agar sesuai dengan ruang dan susun atur dewan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139835.pdf]
Text
139835.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics