Abstract
JENGKA, 11 Mac 2025 – Program tahunan “Sesuci Kasih Ramadan Sebening Syawal” (SKRSS) anjuran Jawatankuasa Khidmat Komuniti, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang kembali untuk edisi ke-16 dengan menyantuni golongan asnaf di sekitar Jengka. Bertemakan “Santunan Ramadan: Memberi dengan Ikhlas, Menerima dengan Syukur”, program kali ini menyasarkan seramai 30 usahawan kecil daripada kalangan asnaf yang disenaraikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka. Majlis telah berlangsung di Bilik Latihan Staf, UiTM Pahang Kampus Jengka. Setiap peserta menerima kotak “Rezeki Raya” yang mengandungi barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri, termasuk kuih raya, lemang, nasi impit, minyak masak dan pelbagai barangan lain.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salim, Azmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, Santuni asnaf, semarak Ramadhan, UiTM Pahang |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139788 |
