Kerjasama akademik rentas sempadan perkukuh pendidikan kejururawatan

Hassan, Norsuraya (2025) Kerjasama akademik rentas sempadan perkukuh pendidikan kejururawatan. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak penganjuran Sesi Pengajaran Kolaboratif antarabangsa yang bertujuan untuk mendepani cabaran kesihatan global dalam bidang penjagaan warga emas. Program akademik dua hala yang berlangsung pada 31 Oktober 2025 secara atas talian ini merupakan anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam, Malaysia dan Universitas Telogorejo Semarang, Indonesia. Inisiatif ini membabitkan seramai 100 orang pelajar kejururawatan dari kedua-dua institusi bagi membincangkan isu penuaan dan gerontologi secara komprehensif. Keberkesanan program ini dipacu oleh tiga fokus utama: (1) Pemerkasaan Komuniti Penuaan Sihat menerusi peranan aktif jururawat dalam mempromosikan kesejahteraan warga emas; (2) Pengurusan Klinikal Demensia melalui penyampaian amalan penjagaan keperawatan yang holistik; dan (3) Pengukuhan Rangkaian Akademik Rentas Sempadan bagi menggalakkan pertukaran ilmu serta pengalaman antara dua negara. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen jitu institusi dalam melahirkan graduan kejururawatan yang kompeten, responsif, dan bersedia mendepani trend penuaan populasi yang pantas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139764.pdf]
Text
139764.pdf
Download (421kB)
Indexing & Metrics