Abstract
Blog telah berkembang daripada catatan peribadi kepada medium hibrid yang menggabungkan peranan sosial dan komersial. Blog menjadi ruang ekspesi penulis, pemasaran, dan pembentukan pengaruh. Maka, kajian ini meneliti penggunaan teknik retorik dalam penulisan blog bahasa Melayu dengan menumpukan kepada teknik dan fungsi teknik tersebut serta hubungan antara teknik dan fungsi dalam penulisan blog bahasa Melayu. Walaupun kajian mengenai retorik telah ada dilakukan, khususnya dalam konteks klasik dan politik, penyelidikannya dalam medium blog bahasa Melayu, khususnya dari segi teknik dan fungsi linguistik dan sumbangan kepada teori retorik digital, masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu (i) mengenal pasti teknik retorik yang digunakan dalam penulisan blog, (ii) menganalisis fungsi-fungsi teknik retorik dalam penulisan blog bahasa Melayu, serta (iii) menghuraikan hubungan antara teknik dan fungsi retorik dalam penulisan blogbahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif serta kaedah analisiskandungan bagi menganalisis data kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawasebanyak 18 teknik retorik utama digunakan dalam penulisan blog, termasuk enamteknik baharu iaitu ajakan, gesaan, cadangan, peringatan, ulasan, penggunaan bunyi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti penggunaan 49 fungsi retorik, termasuk 21fungsi baharu yang merangkumi menghidupkan naratif, mencerminkan keaslian gayapenulisan dan identiti penulis, menegaskan kebenaran peribadi, mewujudkanperikemanusiaan dan empati kolektif, mengaktifkan ketamakan rasional, menguatkanseruan promosi, serta menunjukkan simbol kuasa epistemik diri. Analisis turutmemperlihatkan dua pola hubungan teknik-fungsi retorik iaitu (satu teknik – banyakfungsi dan (ii) satu fungsi – banyak teknik, yang menggambarkan sifat fleksibel dan saling melengkapi dalam penggunaan retorik digital. Dari segi teoritikal, penemuan inimemperluas kategori teknik dan fungsi retorik dalam Model Teknik Retorik Lee (2001). Kajian ini turut menyumbang kepada pengukuhan pedagogi retorik dan kefahamantentang komunikasi digital dalam konteks bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa blog berperanan sebagai ruang retorik moden yang kompleks dan signifikan dalam landskap komunikasi bahasa Melayu masa kini.
Metadata
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Farah Hanini UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Lee, Ai Chat UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Noor Ida UNSPECIFIED |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
| Programme: | Doctor of Philosophy (Applied Language Studies) |
| Keywords: | Retorik digital, Blog bahasa Melayu, Analisis kandungan, Komunikasi digital, Pedagogi retorik |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139738 |
Download
139738.pdf
Download (327kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
139738
Indexing
