Abstract
Sekitar jam 9.00 pagi, kami berkumpul di Lapangan Terbang Alor Setar dan melakukan daftar masuk bagasi terus ke Dhaka. Penerbangan kami ke KLIA pada pukul 10.50 pagi dan penerbangan ke Dhaka pada pukul 7.50 malam, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shah Jalal pada jam 12.20 tengah malam. Lapangan terbang itu sangat sibuk dan jalan di Dhaka sangat sesak terutamanya pada waktu puncak dan mereka kerap membunyikan hon. Selesai pemeriksaan imigresen dan kastam, kami dijemput dengan van AIUB diiringi oleh Mr. Rakibul Alam, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, dan Asaaf yang merupakan pelajar di sana. Kami diberikan kad sim untuk penginapan 2 minggu dan juga dibekalkan dengan goodie bag berisi jus mangga, air mineral, dan kerepek. Lebih kurang jam 1.20 pagi, kami tiba di Hotel Eastern Residence, Banani. Kakitangan mengalu-alukan kami dengan minuman jus mangga. Selepas daftar masuk, akhirnya, kami berehat setelah menempuh perjalanan yang jauh. Pada hari pertama jam 10.00 pagi, kami dijemput oleh AIUB untuk ke kampus. Ia adalah satu pengalaman kerana perjalanan ke kampus berdekatan tetapi kerana trafik yang sangat padat, jadi ia mengambil lebih banyak masa untuk ke sana. Kita boleh melihat kehidupan sebenar penduduk di sana. Kesibukan kehidupan kota, lalu lintas, dan lorong kecil yang menghubungkan jalan utama dan kampus yang begitu sibuk dengan urusan yang sedang berjalan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rosmani, Arifah Fasha UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Mobiliti, Dhaka, American International University Of Bangladesh (AIUB) |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139732 |
