Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Community Service Responsibility (CSR) yang bertujuan untuk memperkukuh kesedaran awam mengenai pengurusan bencana banjir dalam kalangan komuniti sekolah. Program berimpak tinggi yang berlangsung pada 8 Oktober 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti (SMK Bakti), Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini diterajui oleh Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara (PRABN). Keberkesanan program ini dipacu oleh tiga objektif utama di bawah Kempen Komunikasi, Pendidikan, Penglibatan dan Kesedaran Awam (CEPA): (1) Penyampaian Pendedahan dan Pengetahuan Teknikal mengenai sistem amaran awal serta mekanisma ramalan banjir; (2) Pemupukan Budaya Keselamatan dan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar dan warga sekolah; dan (3) Pengiktirafan Ejen Komuniti melalui pelantikan Ikon Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) bagi memastikan kesinambungan penyebaran maklumat keselamatan. Sinergi pelbagai agensi dan institusi akademik ini mencerminkan komitmen jitu UiTM Pulau Pinang dalam membina komuniti yang peka, responsif, dan berdaya tahan terhadap risiko bencana alam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Mohd Noor, Raja Nor Husna UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kesedaran bencana banjir, Kesedaran awam, CSR, Kempen CEPA, Sistem amaran awal, Ikon KARIB, UiTM Pulau Pinang |
| Date: | 8 October 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139729 |
