Abstract
Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Help for Hope 3.0 yang diterajui oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam memperkukuh kebajikan dan menyediakan jaringan keselamatan kewangan kepada mahasiswa kejuruteraan yang memerlukan. Program yang berlangsung pada 14 November 2025 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) UiTM dan mendapat sokongan padu daripada pengurusan tertinggi fakulti-fakulti kejuruteraan. Keberkesanan program kebajikan strategik ini dipacu oleh tiga elemen utama: (1) Penyaluran Sumbangan Kewangan dan Barangan Keperluan melalui sinergi kukuh bersama agensi korporat, industri, serta institusi zakat; (2) Pemupukan Semangat Solidariti dalam komuniti kejuruteraan untuk saling membantu demi memastikan kelangsungan akademik pelajar; dan (3) Pemerkasaan Kebajikan Mahasiswa secara inklusif melalui penglibatan aktif Unit HEP FKK, Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), serta Unit Pengurusan Non-Resident (NR) UiTM. Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen jitu UiTM dalam melahirkan modal insan teknikal yang kompeten di samping memastikan kebajikan dan kelestarian kebajikan pelajar sentiasa terpelihara..
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Muhd Rodhi, Miradatul Najwa UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LB Theory and practice of education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Chemical Engineering |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kebajikan mahasiswa, Keselamatan kewangan, Komuniti kejuruteraan, Solidariti, Bantuan zakat, Pelajar luar kampus, UiTM Shah Alam |
| Date: | 18 November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139726 |
