Pendekatan dakwah kontekstual kepada masyarakat Iban di Sarawak: integrasi pendidikan, budaya dan pembangunan modul dakwah

Wan Ahmad, Wan Mohd Hanif Saifuddin and Abd Kadir, Abdul Razak and Yusof, Mohd Asyraf (2025) Pendekatan dakwah kontekstual kepada masyarakat Iban di Sarawak: integrasi pendidikan, budaya dan pembangunan modul dakwah. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 8. pp. 65-69. ISSN 2948-5045
Abstract

Kajian ini menganalisis pendekatan dakwah yang sesuai kepada masyarakat Iban di Sarawak dengan menekankan integrasi antara pendidikan, budaya dan pembangunan modul dakwah kontekstual. Masyarakat Iban mempunyai sistem kepercayaan dan adat resam tersendiri yang memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dan inklusif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah berasaskan prinsip al-ḥikmah, mawʻiẓah al-ḥasanah dan mujādalah, serta digabungkan dengan elemen pendidikan dan budaya, mampu membentuk modul dakwah yang lebih diterima oleh masyarakat Iban. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan dakwah dilaksanakan secara berhemah, berstrategi dan berasaskan pemahaman budaya tempatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139709.pdf]
Text
139709.pdf
Download (71kB)
Indexing & Metrics