LGBTQ+: rintangan dalam usaha mewujudkan keamanan, keadilan iklim dan dialog tamadun dalam perspektif Islam di Malaysia

Mat Jani, Muhammad Faris and Muhammad Herman, Mohammad Iqmal and Kadir, Muhd Faiz (2025) LGBTQ+: rintangan dalam usaha mewujudkan keamanan, keadilan iklim dan dialog tamadun dalam perspektif Islam di Malaysia. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 5. pp. 44-47. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Mutakhir ini Malaysia berdepan dengan cabaran LGBTQ+ yang di haramkan dalam undang-undang sivil dan syariah di negara tersebut. Hal ini membawa halangan untuk mencapai keamanan sosial dalam masyarakat kerana seringkali menimbulkan perpecahan dan ketegangan. Selain itu, tidak ada undang-undang yang melindungi kelompok ini daripada diskriminasi. Isu ini sering menimbulkan perdebatan sengit yang berpunca dari pihak yang cuba untuk menuntut hak kesamarataan kepada golongan LGBTQ+. Isu ini haruslah diteliti secara objektif tanpa menuding jari dengan mendalami impak isu LGBTQ+ terhadap keamanan global, termasuk bagaimana isu ini boleh mempengaruhi imej sesebuah negara dan kesan terhadap perhubungan antarabangsa. Kontroversi berkaitan isu LGBTQ+ di Malaysia terus menjadi perhatian utama, terutamanya selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, yang menggesa siasatan terhadap program promosi LGBTQ baru-baru ini. Insiden ini menyerlahkan ketegangan yang berterusan antara hak asasi manusia, nilai-nilai Islam sebagai agama Persekutuan, dan norma budaya Timur yang dipegang teguh oleh majoriti rakyat Malaysia. Penolakan keras terhadap usaha menormalisasikan "gaya hidup songsang" oleh Kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa isu LGBTQ+ bukan sekadar perdebatan moral, tetapi juga melibatkan tafsiran perlembagaan, penguatkuasaan undang-undang, serta pemeliharaan struktur sosial dan moral negara. Cabaran utama yang akan timbul adalah dari perspektif agama Islam dan keadaan sosial semasa. Oleh hal yang demikian, perbincangan ini akan beralih kepada pendekatan dialog antara tamadun dari sudut pandang Islam berdasarkan prinsip hikmah dan nasihat yang baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Jani, Muhammad Faris
2022847214@student.uitm.edu.my
Muhammad Herman, Mohammad Iqmal
2022847218@student.uitm.edu.my
Kadir, Muhd Faiz
faizkadir@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief > Special classes > Gay men. Lesbians
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 16
Page Range: pp. 44-47
Related URLs:
Keywords: LGBTQ+, Keamanan global, Keadilan iklim, Dialog tamadun, Perspektif Islam
Date: 6 September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139705
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 139705.pdf] Text
139705.pdf

Download (47kB)

ID Number

139705

Indexing

Statistic

Statistic details